Setelah wafatnye Nabi junjungan besar kite Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat r.a telah bersepakat melantik Saiyidina Abu bakar As-Siddiq r.a menjadi Khalifah islam yang pertama, pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a telah berlaku beberape peperangan antaranya ialah peperangan Al-Yamamah yang telah berlaku pada tahun ke 11 Hijrah, dalam peperangan tersebut ramai tentere Islam yang menghafaz Al-Quran telah gugur syahid, sejarah mencatatkan sehingga 700 orang sahabat yang menghafaz Al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.
Setelah berlakunya peristiwa peperangan tersebut telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq supaya diadakan usaha pengumpulan Al-Quran kerana dibimbangi Al-Quran akan terhapus dengan sebab ramainye Qurra' ( hafiz Al-Quran ) yang telah gugur syahid.
Akhirnye Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar Al-Khattab r.a dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a menyalin Al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w dengan dibantu oleh beberape orang sahabat yang lain, melalui usaha tersebut maka terkumpullah Al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.
* jadi kat sini jangan le kite cepat beno menghukum sesuatu bende @ amalan tu bid'ah, buat tu bid'ah, buat ni bid'ah, kalau ikut zaman Rasulullah s.a.w x de pengumpulan Al-Quran ( bukukan Quran ), kire para sahabat r.a buat ni salah la ye?? ke guane?? kepade sesape yang cepat sangat nak menghukum tu, pikir2 kan lah ye...
Setelah wafatnye Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar Al-Khattab r.a iaitu Khalifah Islam kedua yang menggantikan Khalifah Saiyidina Abu Bakar As Siddiq, dan apabila wafatnye Khalifah saiyidina Umar Al Khattab lembaran suhuf itu telah disimpan oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar Al Khattab r.a
Lepas ni nanti insyaAllah sambung pada zaman Saiyidina Uthman r.a pulak, macamane boleh ade kat kite sekarang ni Al-Quran rasm Uthmani???
wallahuaklam...
1 comments:
salam ...akak amik skit maklumat ttg rasm uthmani...nak buat tugasan..
Post a Comment