Hamba Allah Yang Hina

http://mantop86.blogspot.com/

ad

Followers

Pengumpulan Al-Quran Zaman Saiyidina Uthman

assalamualaikum...

setelah menulis serbe sedikit tentang sejarah pembukuan Al-Quran pada zaman Khalifah saiyidina Abu Bakar As-Siddiq sehingga khalifah saiyidina Umar bin Al-Khattab, hari ni saye ingin berkongsi maklumat mengenai penulisan Al-Quran pada zaman Khalifah saiyidina Uthman bin Affan r.a

Pada zaman pemerintahan Khalifah saiyidina Uthman bin Affan r.a, islam telah berkembang dengan luas meliputi semenanjung tanah arab dan lain lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. umat islam di wilayah wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut kaedah kaedah bacaan Rasulullah s.a.w melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya :

1 : Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, zaid bin thabit dan saiyidina Umar al-Khattab

2 : Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada saiyidina Uthman bin Affan dan Abu Darda' r.a

3 : Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan daripada saiyidina Umar al-Khattab, zaid bin thabit, saiyidina Uthman bin Affan, saiyidina Ali bin Abi Thalib dan Abu Musa al-asha'ri r.a

4 : Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin mas'ud, saiyidina Ali bin Abi Thalib, saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a

Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku dikalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan Al-Quran.Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman kepada Khalifah saiyidina Uthman bin Affan, Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah saiyidina Uthman bin Affan mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Akhirnya Khalifah saiyidina Uthman bin Affan r.a telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a dan dibantu oleh beberape orang anggota yang lain yang terdiri daripada Abdullah bin Zubir, Said bin Al-'As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.

Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf Al-Quran. Sebuah mushaf untuk digunakan saiyidina Uthman bin Affan r.a sendiri yang dinamakan mushaf al-imam, dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.

Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama sama mushaf tersebut seorang imam ( qari ) yang adil dan mutqin ( orang yang teliti dan cermat ) didalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan, mereke terdiri daripada :

1 : Abdullah bin al-saaib r.a ke Mekah
2 : Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a ke Syam
3 : Abdul Rahman Abdullah bin Habib Al-Sulami r.a ke Kufah
4 : Amru bin Qais r.a ke Basrah
5 : Zaid bn Thabit r.a ke Madinah

Selepas itu, saiyidina Uthman bin Affan r.a memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan, walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada sehingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat didalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a kerana bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah s.a.w ( qiraat ) secara mutawatir.

Usaha usaha pengumpulan Al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah saiyidina Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat islam terutamanya dari segi :

1 : dapat menyelamatkan umat islam dari perpecahan
2 : dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan Al-Quran
3 : dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan
4 : dapat menyelaraskan susunan surah surah menurut tertib seperti yang ada sekarang

contoh contoh tulisan Al-Quran dahulu...

sekian...wallauaklam

1 comments:

Unknown said...

Asslam saya bertanya apakah faedahnya.

cuace hari ini


For more widgets please visit www.yourminis.com

ad

99 Nama Allah

Waktu Malaysia

Taqwim

Jom Nyembang

kata kata hikmah

Komen Jelah


ShoutMix chat widget

Blog Ilmuan

Rakan Kusza @ UDM

Rakan Mesir

Rakan Malaysia

Powered By Blogger