seperti yang dah saye tulis sebelum ni kate nak story sket pasal sirah @ sejarah penulisan Al-Quran, sepertimana maksud firman Allah taala dalam surah Al-HIjr ayat 9 sesungguhnya kami yang menurunkan Al-Quran dan kamilah yang memeliharanya. inilah dalil daripada Al-Quran yang memberi bukti kepada kite bawasanye Al-Quran akan kekal dan selamat daripada musuh2 islam selame lamenye.
sepertimane yang kite sudah makruf wahyu yang mula2 sekali turun kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w ialah SURAH AL ALAQ ( IQRA' bacalah ), walaupon ade sebahagian pendapat mengatakan surah AL MUDASSIR @ AL MUZAMMIL, tapi yang paling tepat atau pendapat yang rajih adalah IQRA', walaubagaimanapun baginda adalah seorang yang tidak boleh membaca dan menulis, sehinggalah malaikat Jibril a.s ulang berkali kali ( 3 kali ) sampai memeluk baginda s.a.w sehinggalah berkate malaikat jibril BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENJADIKANMU. inilah serba sedikit tentang sejarah awal penurunan wahyu, pengajaran yang boleh diambil disini betapa islam amat menitik beratkan ilmu kepada individu muslim, tanpa ilmu kite tidak tahu siapa kite, siapa tuhan kite, dan macam2 lagilah, disebabkan tajuk yang saye nak tulis ni sejarah penulisan Al-Quran, make cerite pasal IQRA' @ kepentingan ilmu ni nanti kite buat lain, nanti ntah kemane mane melalut lak, satu bende pon x paham.
sejarah penulisan wahyu telah bermule daripada zaman baginda Nabi Muhammad s.a.w lagi, setelah wahyu di turunkan kepada baginda, terus baginda hafal, ada yang mengatakan sekali baginda baca terus ingat, inilah adalah di antara kelebihan kekasih Allah taala, setelah itu baginda s.a.w mengarahkan penulis penulis wahyu mencatat ayat ayat Al-Quran yang di terima baginda s.a.w dan menghafal nye, tetapi tidak di bukukan.
pada awalnye para penulis wahyu baginda s.a.w tidaklah terlalu ramai, sejarah pernambahan para penulis wahyu baginda berlaku selepas peperangan badar, yang mane tentera islam memenangi peperangan tersebut dan berjaye manangkap beberapa orang tahanan, setelah itu baginda mengadakan mesyuarat @ perbincangan dengan sahabat2 baginda untuk mengambil tindakan ke atas mangsa mangsa tahanan perang tersebut, maka berlakulah satu mesyuarat di kalangan para sahabat sehingga bangun saidina Umar r.a lalu memberi pendapat beliau dengan berkata bunuh saje musuh musuh islam ni, simpan simpan lagi buat pe ( lebih kurang macam tu la cakapnye, tapi cakap arab la ), tetapi baginda s.a.w meminta pandangan yang lain, sekiranya ada, lalu bangunlah saidina Abu Bakar memberi pandangan @ pendapat beliau lalu berkata, bahagikan tawanan ni kepada 3 golongan, salah satunye ialah bagi tawanan yang pandai mengajar dan menulis hendaklah setiap seorang tawanan tersebut mengajar 10 orang kanak kanak islam sehingga pandai membace dan menulis, setelah berbincang baginda s.a.w menerima pandangan saidina Abu Bakar, inilah kebijaksanaan islam, akhirnya baginda s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis wahyu, antaranya yang paling terkenal adalah zaid bin thabit.
bukan sahaja islam telah dapat melahirkan ramai orang yang pandai membace dan menulis bahkan dengan berlakunya peristiwa ini membuat para tawanan tadi dan orang kafir yang lain tertarik dengan islam bahkan juga musuh menjadi kagum dengan islam, inilah salah satu cara dakwah yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w
oleh kerana pada zaman baginda s.a.w ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatat ayat ayat Al-Quran tersebut pada pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain lain lagi. catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat ( tidak dibukukan ) walaupon kebanyakan mereke lebih mengutamakan hafazan.
begitulah secara ringkas sejarah penulisan wahyu bermula pada zama Nabi Muhammad s.a.w rujukan = haq al Tilawah
pengajaran yang dapat di ambil
1 pentingnye ilmu kepada individu muslim
cukup la 6 dok, yang lain leh cari sendiri, hehe... pehni nanti sambung penulisan Al-Quran zaman saidina Abu Bakar sehinggalah ke saidina Uthman r.a
wallahuaklam....
0 comments:
Post a Comment