Assalamualaikum...
Posting kali ni nak cerite pengalaman jejalan mansurah hari itu, mansurah adelah tempat di mane sy belajar dahulu, alhamdulillah kawasan mansurah adalah yang menarik, banyak tempat menarik disane, antarenye kebun2 buah yang banyak, makam ulamak dahulu dan tempat jejalan rehatkan minda, dalam posting kali ni saje nak tunjuk kawasan kebun yang saye dan kawan2 lawat hari tu... jom tengok jer...
baru jer sampai terus posing tangkap gambo...
posing nagn himar @ keldai...wangi keldai ni...sape yang x penah mandi lebih kurang bau himar ni la...
posing lagi...mane buah buahannyer????
yang kat belakang tu kebun apel...yang banyak2 tu...
tengah tangkap gamba pon di tangkap gamba, dua dalam satu... tu buah khuf, betul ke?? betul kot...
mase ni nak balik dah, posing kat tut tut....
kali ni aku lak yang bawak... tapi action je lar...
weit... jangan makan, mintak izin dlu...ate ke kamu...
ni gelak ke menangis ntah, yang pasti mase tu ttibe apel tu tcabut dr pokoknyer...
last skali pokok anggur, tapi banyak x masak lagi...kalau masak dah lame makan tul2 dah, tapi kene beli ler...
lebih kurang itu je lar gambo yang de, di adalah destinisi pertama jaulah mansurah, selepas ni kitorang pg ziarah makam, antaranye makam Abdullah bin salam, saidi Muhammad bin Abu Bakar As siddiq, sheikh Mutawalli Syakrawi dan sheikh Jaddul Haq... insyaAllah akan saye posting lepas ni kenangan di sane...
pe pon sy bersyukur kerana Allah Taala mengizinkan sy dapat jaulah ni , semoge sy dan rakan2 mendapat faedah yang banyak dalam sepanjang perjalanan tersebut....
wallahuaklam
Assalamualaikum....
Alhamdulillah dengan lempah kurnia daripada Allah Taala kite masih same2 dapat menghirup udara yang nyaman sambil membuke internet dan makan minum dan macam2 lagi lah nikmat Allah yang x mampu kite nak hitung, selawat salam atas nabi besar junjungan kite Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat dan ahli bait Baginda s.a.w, hari ni 24.06.2009 hari rabu bersamaan 1 rejab 1430 hijrah...
hari ini adalah hari pertame kite di dalam bulan Rejab, yang mane bulan Rejab adalah bulan yang ke tujuh dalam bulan islam, masuk je bulan Rejab ni bermakna kite tidak lame lagi akan same2 mananti sayidul shah @ penghulu bulan iaitu bulan Ramadhan...make same2 le kite doa banyak2 semoge kite akan bertemu dengan bulan Ramadhan tidak lame lagi...dan marilah kite same2 membuat persediaan untuk menghadapi bulan Ramadhan...
Antara kelebihan bulan Rejab...malam awal Rejab adalah di antara malam yang dimustajabkan doa oleh Allah, manusia yang memuliakan bulan Rejab akan dimuliakan pada hari akhirat, bulan Rejab adalah bulan Allah, manakala bulan Sya'ban adalah bulan Nabi Muhammad s.a.w dan bulan Ramadhan adalah ulan Umat Islam, dan bermacam macam lagi....
Antara peristiwa bersejarah di bulan Rejab....ISRAK DAN MIKRAJ
peristiwa Israk dan mikraj ini berlaku dalam 26 @ 27 Rejab, yang mane kite sudah makruf peristwa dimana Nabi Muhammad s.a.w diangkat ke langit. Dan dalam peristiwa ini lah disyariatkan solat lima waktu kepada umat islam...
PEPERANGAN TABUK
peperangan ini berlaku pada bulan Rejab tahun kesembilan hijrahbersamaan 631 masihi, peperangan ini merupakan peperangan yang terakhir disaksikan Rasulullah s.a.w...
Antara amalan amalan yang di galakkan pada bulan Rejab...berpuase sunat....bersedekah pada yang tidak mampu berpuase...sembahyang sunat rawatib...banyakkan berzikir....banyakkan beristighfar...banyakkan bertasbih...banyakkan berdoa kepada Allah...dan macam2 lagi amalan yang baik...
di bulan Ramadhan nanti semue kite akan ingin mencari dimane, bile, macammane untuk mendapatkan malam lailatul qadar, maka bermula dari sekarang lah kite dekatkan diri kite kepada Allah taala agar Allah memilih kite untuk bertemu dengan malam yang lebih baik dari seribu bualn...aamiinn...
wallahuaklam...
assalamualaikum... kali ni ingin saye berkongsi sedikit tentang kisah @ godaan @ hasutan syaitan terhadap diri manusia, walaupon kite sudah makruf sangat bahawa syaitan itu adalah musuh kite yang nyate tetapi kebanyakan kite tidak mampu untuk melawan hasutan syaitan yang begitu power, kite tidak boleh menyalah syaitan kerana memang sudah tugas syaitan laknatullah alaih adalah untuk menyesatkan anak cucu nabi Adam sampai hari kiamat, dan di dalam kitab suci Al-Quran pon sudah termaktub pengakuan syaitan yang mengatakan bahawasanye janji Allah taala adalah janji yang HAK, dan janji syaitan adalah untuk menyesatkan manusia, jadi mengape kite sebagai manusia masih mengikut telunjuk syaitan, jawapannye, tepuk dada tanye iman...
sekadar gambar hiasan.. :)
Berikut adalah sedikit antare situasi syaitan hasut kite...
situasi 1
Manusia - Eh, dah azan subuh la pulak, ngantuk lak ni, tapi mesti solat...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, rilek la...ngantuk ini....awal lagi nie, tengah mimpi sedap2 nie, jap lagi pon leh solat gak...bukan senang nak tido lene cmni,enaknyeee...zzzzzzzz
situasi 2
Manusia - Nak makan, lapo giler nie...sebelum makan kene bace doa @ bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla bace panjang2, karang habis makanan tu... dah lapar ini, makan jer... mmm..sedapnyaaaa...
situasi 3
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye, cuace tengah panas ni...
Syaitan - Ehh, panaslah pakai tudung, takde style langsung, semue nak tutup, mcmane orang nak tengok, nnt x glamour la, nampak mcm orang kampung!!!
situasi 4
Manusia - Alamak, dah lewat ni nak pg keje...
Syaitan - Ahhh? awal lagi...mmm..aaahh x pon suruh la si X, punchkan...
situasi 5
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok crt cmni ini, berdosa...sakit mate...
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..bukan senang nak tengok...free lak tu...bukan selalu cuci mate...
situasi 6
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dose...ak kene tegur nie...
Syaitan - Apa kau sibuk sangat? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh die nak watpe pon, kubur masing2 ..
situasi 7
Manusia - aku telah banyak lakukan dosa...aku kene bertaubat pada Allah...
Syaitan - alahhhh..Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat, lagipun muda hanya sekali, tua nanti taubat (kalau sempatla) enjoy la dulu...
situasi 8
Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee..
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Demikian adalah sedikit antara care2 syaitan menghasut @ menggode manusia, sebenarnye berbagai lagi care syaitan menghasut manusia hatta tengah solat pon syaitan leh ganggu manusia, tengah solat la semue bende kite ingat nak buat mase tu, nak sidai baju la, beli barangla, bace buku la, dan macam2 lagi,make same2 lah kite berdoa kepada Allah semoge kite dilindung daripada tipu daya syaitan, dan ingatlah selalu bahawa kite hidup di dunia ni tidak kekal abadi, kite semue akan kembali kepada Allah, maka sediakanlah amalan yang akan menjamin kebahagian kite di akhirat kelak, berdoalah selalu semoge segala amalan yang pernah kite lakukan mendapat redha Allah, janganlah kite terlalu cintakan dunia sehingga kite lupe hari akhirat yang akan menjelma kelak...ingatlah matlamat kite hidup di dunia ini...hidup kite tidak lame, banyakkanlah persediaan sebelum segalenye terlambat...
wallauaklam
assalamualaikum...
kat sini de nak tambah sket sebagai tambahan pada posting yang lepas...
KELEBIHAN RASM UTHMANI1.mengikut sunnah Rasulullah s.a.wmengikut tulisan Al-Quran yang asal
2.boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar
3.memudahkan bacaan dengan wajah qiraat ( jenis jenis bacaan )
4.sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih
5.dipersetujui oleh lebih 12000 orang sahabat
6.salah satu daripada mukjizat Al-Quran
7.bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir
8.berdasarkan kepada dalil dalil yang kuat dengan hujah yang jelas
9.ditulis mengikut bacaan Rawi ( periwayat )
10.mengandungi rahsia dari segi mengekal dan mengugurkan huruf
contoh Al-Quran zaman dahulu sebelum di ubah dari tahap ke tahap oleh ulamak nahu dan qura' Al-Quran
TAHAP PENULISAN ALQURAN penulisan Al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap tahap seperti berikut :
TAHAP PERTAMA : belum diletakkan sebarang tanda
TAHAP KEDUA : ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu Aswad Ad Duali ( wafat pada tahun 69 hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam ) merupakan tokoh @ pengasas ilmu nahu
TAHAP KETIGA : mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan pemerintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi.
TAHAP KEEMPAT : mula diletakkan dengan tanda tanda baris ( harakah ) yang dipelopori oleh Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan, juge merupakan tokoh nahu, beliau ialah guru kepada sibawaih ( ulamak nahu )
TAHAP KELIMA : ditambah dengan tanda tanda waqaf dan lain lain tanda lagi
PENULISAN AL QURAN ( ILMU RASM )ilmu rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf hurufnya dari segi lafaz, huruf huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf, penulisan ( rasm ) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma'( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w, yang di mmaksudkan dengan tauqifiyyah ialah satu ketetapan dari Rasulullah s.a.w yang tidak boleh menyalahinya
PEMBAHAGIAN RASM rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1 rasm Qiasi / imla'i = iaitu penulisan menurut pengucapan @ pertuturan
2 rasm Istilahi / Uthmani = iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah
kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah kaedah ini, oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tuqifiyyah, maka penggunaan tulisan Imla'i atau qiasi tidaklah di haruskan..
antare jenis Al-Quran mushaf uthmani yang ade zaman skang
wallahuaklam..
Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah
orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu perihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita..
*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM&apos