Hamba Allah Yang Hina

http://mantop86.blogspot.com/

ad

Followers

Khazanah yang berharge...

assalamualaikum warahmatullah....
em kali ni nak kongsi sket ilmu yg x seberape ni kepada pembace yang sudi membace,smoge kite mendapat istifadah dan manafaat dari ape yang kite bace insyaAllah, mafhum daripada hadis nabi Muhammad s.a.w " telah aku tinggalkan kepada kamu ( umat ku ) satu khazanah, sekiranya kamu mengambil @ menjadikannya panduan tidak akan sesat selamanya, iaitu Al-Quran & hadisku " au kama qal. Nabi kite tidak meninggalkan kepada kite harta mahupon wang ringgit kepada kite, akan tetapi nabi kite tinggalkan kepada kite khazanah yang lebih berharga daripada harta mahupon wang ringgit iaitu Al-Quran dan hadis, jadi di sini saye ingin mengupas secara ringkas daripada apa yang saye pelajari dan bace, mengenai apakah die Al-Quran???



Pengertian Al-Quran...




Al-Quran ialah kalamullah ( firman @ kata2 allah taala ) yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Jibril a.s, ditulis dalam mushaf, dipindahkan ( disampaikan ) kepada kita secara mutawatir, dan menjadi ibadah dengan membacanya...



syarah ringkas...



Al-Quran yang ade pada kite sekarang adalah kalam Allah yang bebas daripada campur tangan manusia, isi dan ajaran yang terdapat dalam Al-Quran sesuai dengan fitrah manusia dan isinya tidak bertentangan di antara satu sama lain, sebelum Al-Quran diturunkan terdapat kalam Allah yang diturunkan kepada nabi yang lain, ada yang disebut sebagai lembaran ( suhuf ) dan ada dalam bentuk buku ( kitab ), adepon suhuf diturunkan kepada nabi Musa a.s dan nabi Ibrahim a.s, manakala kitab pula diturunkan kepada nabi berikut :
1. Kitab Taurat diturunkan kepada nabi Musa a.s
2. Kitab Zabur diturunkan kepada nabi Daud a.s
3. Kitab Injil diturunkan kepada nabi Isa a.s 4. Kitab suci Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w

Al-Quran adalah satu2nya mukjizat nabi Muhammad s.a.w yang masih ade sampai ke abad ini dan akan kekal sampai ke hari kiamat, dan ianya juge adalah mukjizat nabi Muhammad s.a.w yg paling agung, sabda nabi Muhammad s.a.w yg bermaksud " Dan kelebihan kalamullah ke atas kalam ( perkataan ) yang lain seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadiannye ( kejadian allah ) au kama qal, inilah antara kelebihan Al-Quran.

Al-Quran diturunkan kepada nabi besar kite nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s, cara @ torik @ peringkat penurunan Al-Quran sebelum diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w berlaku dalam beberapa peringkat iaitu :
1. Al-Quran diturnkan ke Loh Mahfuz. ( cara turun dan wujudnya Al-Quran di Loh Mahfuz pada wakyu yg tidak ketahui kecuali allah ) firman allah dalam surah Al- Buruj ayat 21 & 22 yang bermaksud " bahkan ialah Al-Quran yg mulia,Diturunkan ke Loh Mahfuz "
2. Al-Quran diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia pada lailah al-qadar dalam satu jumlah.
3. Al-Quran diturunkan dengan perantaraan malaikat Jibril a.s kepada nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur.

cara penurunan Al-Quran kepada nabi muhammad s.a.w pula iaitu :
1. melalui mimpi seperti nabi Ibrahim a.s bermimpi menyembelih anaknya nabi Ismail a.s
2. melalui suara seperti Allah berbicara dengan nabi MUsa a.s
3. wahyu turun seperti bunyi loceng
4. melalui malaikat jibil a.s kepada nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk manusia

Al-Quran di tulis di dalam mashaf, yakni di bukukan, sejarah penulisan Al-Quran ini berlaku dalam banyak peringkat yang mane insyaAllah akan saye ceritakan kemudian, dan alhamdulillah berkat kerja keras sahabat2 nabi Muhammad s.a.w dan para-para huffaz rahimahullahualaihim, Al-Quarn terjage sampai ke hari ini dan akan kekal sampai hari kiamat, bertepatan @ bersesuaian sepertimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9 yg bermaksud " sesungguhnya kami yang menurunkan Al-Quran dan kamilah yang memeliharanya".

Al-Quran dipindahkan @ disampaikan kepada kite secara mutawatir, yang dimaksudkan dengan mutawatir ialah riwayat orang yang ramai, yakni diriwayatkan oleh ramai orang dan dijamin tidak berdusta terhadap Rasullah s.a.w, kemudian daripada kumpulan ini diriwayatkan pula kepada kumpulan lain yang serupa dengannye dan mustahil berlaku penipuan daripada orang yang ramai, yang dimaksudkan disini ialah Al-Quran yang ada pada kite sekarang telah sampai kepada kite daripada zaman nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir.
Dari segi bacaan pula menurut syarak, bacaan Al-Quran yang sah ialah yg memenuhi tiga rukun tilawah iaitu :
1. kesinambungan sanad dengan bacaan Rasulullah s.a.w ( seraca musyafahah )
2. bertepatan dengan bahasa arab fushah
3. bertepatan dengan rasm ( tulisan ) Uthmani @ salah satu daripada mashaf yang lain
* yang dimaksudkan dengan bacaan secara musyafahah ialah bertalaqi @ berhadapan yakni belajar dengan guru secara langsung @ hadapan guru ( secara live), terdapat satu syair arab daripada ulama tajwid menyebut pasal musyafahah ini, syair itu bermaksud :"Barangsiapa menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, dia akan terselamat daripada terpesong dan diseleweng. Dan barangsiapa menerima ilmu daripada buku, ilmunya di sisi orang yg berilmu seperti orang jahil."

Al-Quran menjadi ibadah dengan membacanya yakni membace Al-Quran itu sendiri adalah suatu ibadah, sepertimana hadis yang sudah selalu kite dengar dan selalu kite bace yang telah diriwayatkan daripada ibnu mas'ud r.a katanya Rasullah s.a.w telah bersabda : Sesiapa yg membaca satu huruf dari kitab Allah ( Al-Quran ) maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan di ganda sepuluh. aku tidak bermaksud alif lam mim ( awal surah ) itu satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf, dan mim itu satu huruf. sunan tirmizi
maka bayangkanlah betapa banyakla fadhilat yang allah kurniakan kepada pembace Al-Quran.

cara bacaan Al-Quran yang baik
1. membaca secara tartil ( bacaan tenang memenuhi kehandak tajwid ) dan tidak gopoh gapah, firman Allah dalam surah Al Isra' yang bermaksud " dan Al-Quran itu telah kami turunkan dengan beransur ansur agar kamu membacanya perlahan lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bahagian demi bahagian " dan firman Allah lagi dalam surah Al-Muzammil yang bermaksud " dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan lahan ( tartil )
2. membaca Al-Quran melalui talaqi dan musyafahah sepertimana yang telah diterangkan di atas sebentar tadi.
3. membaca Al-Quran secara tadabbur ( menghayati bacaan dan makna Al-Quran ) mafhum daripada hadis nabi Muhammad s.a.w yang diambil daripada buku mulakkhas ahkam al tajwid
" sesiapa yang ingin bercakap dengan Allah hendaklah dia membaca Al-Quran " au kama qal.
4. memperelokkan suara semasa membaca Al-Quran, sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud " perhiasilah Al-Quran dengan suare kamu " sunan Nasai dan Abu Daud.
5. bacaan dengan lahjah Arab
6. tidak mengalunkan suara dengan berlebihan, sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud " seseorang yang paling baik suaranya ialah mereka yang apabila membaca Al-Quran, engkau melihatnya taqwa kepada Allah ".


info tambahan....

susunan Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323671 huruf, 77473 kalimah, 6236 ( yang rajih )@ 6666 ayat, 114 surah, 60 hizib dan 240 maqra'.wallahuaklam...

akhir kalam, marilah kita sama sama dekatkan diri kite dengan Al-Quran dengan cara selalu membacanya, menghayatinye dan cube mengamal apa yang terdapat didalamnye, semoge kite mendapat syafaat daripada Al-Quran untuk menemani kite di alam barzah dan akhirat nanti, sepertimane doa ketika selepas membace Al-Quran, ya allah jadikanlah Al-Quran kepada kami didunia ini sebagai qarin ( peneman ) kami, dan di dalam kubur kami sebagai peneman kami, dan di hari pembalas ( akhirat ) sebagai syafaat kepada kami, aminn ya allah.....


wallahuaklam...

1 comments:

Unknown said...

masyaallah...betape besarnye manfaat Al quran..sahabat yg membace,marilah kite membetulkan niat dan hala tuju kite agar keseimbangan dunia dan akhirat ditemui.insyaallah..kpd penulis,trime kasih kerana berkongsi info yang sgt bgus dan bergune kpd sume umat islam ini..alhamdulillah..

cuace hari ini


For more widgets please visit www.yourminis.com

ad

Islamic Widget

Malaysia

Tuan punyer

my blog

Siapa Aku

Teman Punye Blog

Negara Pelawat

Pelawat


View My Stats

Trafik Imej

My Blog Log

99 Nama Allah

Waktu Malaysia

Taqwim

Jom Nyembang

kata kata hikmah

Komen Jelah


ShoutMix chat widget

Blog Ilmuan

Rakan Kusza @ UDM

Rakan Mesir

Rakan Malaysia

Powered By Blogger