Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya ( banyakla songeh )
Tak pun mandi ais boleh dicuba ( mandi minyak pon bole gak )
Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa? ( mesti la orang )
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..
Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada
wassalam..
1 comments:
tetibe cite pasey kawen ni...dah dekat ke ni min...tahniah min.jangan lupe jemput tau.hahaha.
Post a Comment