Hamba Allah Yang Hina

http://mantop86.blogspot.com/

ad

Followers

pantun nasihat

assalamualiakum



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

semoga allah merahmati bersama.





wassalam

lawatan

assalamualaikum...

sedo x sedo sekarang dah nak masuk ujung taun, dan cuti sekolah pon dah muncul, cepat bebeno mase belalu, pehni dah raye aji, pehtu masuk tahun baru, masuk taun baru pon mula la balik musim persekolahan, huhu... dan sekarang tengah berlangsung peperangan SPM, dan sebelum baru kuar keputusan peperangan UPSR, pe pon x telambat ucapkan tahniah pade ssape de sedare ke adik ke abang ke akak ke yang ambik upsr tu dapat keputusan cemerlang, yang kurang cemerlang tu, usaha lg, mcm2 lg yang bakal kome jalani, ni bukan yang terakhir, cayokk... kat posting kali ni untuk lawatan sambil belajo di KL, seramai 40 murid dan 2 orang cikgu beserta 3 orang cikgi mengikuti untuk mengawal bebudak ni.. pe pon layan gambo ni je la....


Lawatan ke kuala lumpur

baru sampai klcc, beratur turun dari tangge bergerak, ate ke teman dok blakang, meninjau kalo ade budak bminat nak keje kat sini ke, x de la susah nak cari..

ni lak tgh bejalan nak pg akuaria @ akuarium @ kumpulan AQUA pon leh gak...

timsah @ aligator @ boya... boya pe ntah, boye kecik, name die lupe lak, tp spupu spapat ngan boya gak la

ikan yang hidup ngan pokok, pokok yang hidup ngan ikan...

ate ke x sape nk tgkap gambo teman, kene tangkap gambo sendiri le nampaknyerr..

ikan pe ni, leh pulak die x makan ikan kecik tu, tp kalo manusia, yg beso kompem makan yg kecik, ke guane...heheh

sape ni??? cepat ngaku

pe pon, sonok mane jalan pon, solat jgn lupe... kat masjid wilayah jalan duta... ngaja bbudak solat jamak

kat pusat sains negare x silapye la, huhu dah lupe...

jgn tengoknak main je, bace maklumat tuuu...

masak pe tu dik oi, kan dah cakap bace dulu sebelum wat pape pon

ni la penyambut tetamu yang ade, encem kan

aru jalan sket dah penat, rugi la jalan klau rehat je, hehhe... x abih2 angkat pisssss

pe ni stat? ni mikropon zaman dulu.. oo ye ke, ye le, kan sy dah cakap td, x de langsung nak bace sendiri, kan dah kene tipu...pg bce sendiri, sy pon xtau...

stat, ni kuda sape, x kan kude stat kot, dah ni kat istane, kompem la orang istane pny...ooo ye ke stat, ye le...
pintu muzium

meh bace...

suke kamu ye tgk patung kawen, udah2 pg tempat lain lak

stat jom la main skali, best ni, kome pg la main dlu, stat dah main dah smlm...

stat ni tengkorak sape?... em de rupe tengkorak cicak x? x pon stat, dahtu mcm pe? mcm manusia je, ha pandai pon...tgk la lame2 karang die ikut kamu stat x tau

ketepi kamu...aduiii

meh bace lg...

stat ni pe? batu, batu pe? batu berukir.. oo ye ke, ni la tugu negare, npe x gtau awal2, kome x nak bace sendiri... cube blajo tgk bende pntg...

dah sampai zoo, yeyeye.. kamu rindu sape kat zoo...? sape lg stat, kalu x orang utan, haha...

gajah melayan tetamu... ate teman dah nak pengsan bejalan mengejar bdk2 yg bgitu ghairah mengejar haiwan

suasane dalam bus...

rupe bentuk bus...

sekian untuk ari ni...

pesan abang

assalamualaikum semue, x de pape pade posting ni, cume hati teman tertarik pade lirik lagu yang telah di dendangkan oleh allahyarham sudirman, yang mane tajuk lagu dia, pesan abang, lagu ni dituju khas pade adik2 yang bakal menjalani periksa yang tidak lame lagi,dan umumnye untuk semue adik2 yang masih menuntut ilmu, hayati betul2 lirik lagu ni...

PESAN ABANG


adikku muda remaja
awasi bila melangkahA
wajah mu manis bak gula
pasti ramai kan tergoda
tidak di larang kau bersuka
asal tahu kan batasnya
jangan sampai adik terlupa
harapan dan cita2
ibu dan ayah menaruh harapan
agar kau berjaya
di hari kemudian
bila tiba waktu petang
dari sekolah kau pulang
bergalas buku di pinggang
siapa lihat tertawan
adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adikkan ambil periksa
agar senang masa depan
tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
serahkan selainnya pada yang esa
bila adik telah berjaya
abang kan turut gembira
tapi andai sebaliknya
jangan kau rasa kecewa
sekali adik terkandas
bukan untuk selamanya
dihati sematkan pesanan
ingat abang tetap sayang

lawati lagu ni di sini

pintu rezeki

( setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada ).......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Assalammualaikum semua...

sekadar gambar hiasan


Berdasarkan maksud Hadith Nabi s.a.w : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa ( baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa ( walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah )

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita ( berdoa perlu benar2 bersungguh2 )

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah ( makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya.. )

Wassalam.


Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA.

beramal kerana Allah


Bijak dalam beramal


Orang-orang kaya biasanya mempunyai mentaliti yang berbeza daripada orang-orang biasa dari sudut mengurus dan mengatur kekayaan mereka. Majoriti mereka berada dalam bidang perniagaan atau pelaburan. Mereka lebih bijak dalam memperuntukkan wang mereka bagi menambah kekayaan mereka.

Berbanding dengan orang biasa, mereka lebih banyak menumpukan kepada pembelian asset atau perniagaan yang boleh menambah lebih wang ke dalam saku mereka. Wang mereka terus bertambah walaupun mereka tidak bekerja!

Perkara sebegini juga dapat dilihat di kalangan umat Islam.

Imam an-Nawawi r.a. sebagai contoh, meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu sekitar 40an. Namun beliau telah meninggalkan khazanah yang sangat berharga dengan sumbangannya dalam bidang hadis dan fiqh. Ini bermakna, amalannya masih lagi berjalan hingga ke hari ini walaupun beliau telah meninggal dunia hampir seribu tahun lalu!

Umat Islam perlulah bijak dalam mengatur amalan mereka. Kita tidak seharusnya hanya menumpukan kepada amalan-amalan yang bersifat individu seperti solat sunat, iktikaf, dan sebagainya semata-mata. Kita seharusnya juga memberikan perhatian kepada amalan-amalan yang mendatangkan manfaat kepada orang ramai dan juga amalan yang membawa kesan yang berkesinambungan.

Ini sepertimana yang disebutkan dalam hadis-hadis berikut.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:

“Orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain) dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang adalah memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya daripada penderitaan, melupuskan hutangnya ataupun mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya, aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk (iktikaf) di dalam masjid sebulan lamanya.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam bab: Fi Qada al-Hawaij dan Imam at-Tabarani. Katanya: hadith tersebut hasan.)


Daripada Abdullah b. Amr r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:

“Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya, kecuali tiga perkara: sadaqah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan (orang lain), ataupun anak yang soleh yang sentiasa mendoakan orang tuanya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud)

“Sesungguhnya perkara-perkara yang akan mengikuti seorang Mukmin daripada amalan dan kebaikannya setelah ia meninggal dunia ialah ilmu pengetahuan yang diajarkan dan disebarkannya, anak yang soleh yang ditinggalkannya, mushaf (al-Quran) yang diwarisinya, masjid yang dibinanya, rumah yang dibina untuk ibn sabil atau sungai yang digalinya (untuk mengairi sawah ladang), atau sedekah yang dikeluarkan dari wang dan hartanya di waktu masa sihat dan hidupnya.
Kesemuanya itu akan menyertainya setelah kematiannya.”
(Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dengan sanad hasan, dan al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya.)


Dakwah adalah salah satu daripada amalan-amalan yang utama yang membawa manfaat kebaikan yang besar.


Daripada Abu Hurairah r.a., RasuluLLah SAW. bersabda:

“Sesiapa yang menyeru orang lain kepada hidayah (Islam), ia akan memperolehi ganjaran (pahala) sebanyak ganjaran yang diterima oleh orang-orang yang mengikuti seruannya itu dan tidak mengurangi sedikitpun pahala (ganjaran) mereka. Demikianlah, amalan yang paling mulia dan utama di sisi Allah adalah amalan yang paling banyak memberikan manfaat kebaikan kepada orang ramai.”

Bijaklah dalam beramal!

dengar sini !

assalamualaikum....

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi, dapat jugak teman menaip kebot laptop ni, dan masih di beri Allah kesihatan, sekarang dah masuk bulan 11 ( NOVEMBER ) bersamaan bulan zulhijjah di mana para jamaah haji sedang menunaikan fardu haji, cepat aje mase berlalu, dah akhir tahun, nak masuk bulan1 ( JANUARY ) dan bulan muharram, umur pon makin lame makin bertambah, makin dekat masenye untuk bertemu ilahi, pe pon mari lah same2 kite bersedie yee.. teman pon same le..

Itu je la untuk kali ni, selingan di bawah ni aktiviti sepanjang bulan lepas....huhuhu....


galeri kem bestari solat tahun 6

murid2 di beri pendedahan supaya tidak mengabaikan solat, tunjuk cara solat yang batul dan menggalakkkan berjamaah, ni pelajar pempuan yang telah di didik oleh ustazah2 meleke..

ingat ye semue murid2, tinggi mane pon kamu belaja, berjaye mcmane pon kamu dalam pelajaran, banyak mane pon duit kamu nanti, sekiranya solat kamu abaikan, tak gune kamu hidup kat dunia ni...

galeri kem pengurusan jenazah tahun 6

pelajar diberi pendedahan bagaimane nak menguruskan jenazah, tanamkan minat, jangan harapkan orang2 veteren jer...yang penting berani...

wah, kene ikat habis rupanye...teruskan bernafas ye..kalau x, nanti kami terus tanam je... ( berani kamu, habis ni kamu g mandi ye,badan kamu bau kapur barus, nnt tkejut mak ayah kamu ) alkisahnye, keesokan arinye pelajar ni demam, hehe... x pe, segala yang kamu lakukan dapat balasan baik.


galeri temuduge di Taiping...

ruang legar di mrsm taiping, temuduge mirco teaching aritu...gambar kaki pon jadi lah, x tau nak ambik gamba pe..

cuace hari ini


For more widgets please visit www.yourminis.com

ad

Islamic Widget

Malaysia

Tuan punyer

my blog

Siapa Aku

Teman Punye Blog

Negara Pelawat

Pelawat


View My Stats

Trafik Imej

My Blog Log

99 Nama Allah

Waktu Malaysia

Taqwim

Jom Nyembang

kata kata hikmah

Komen Jelah


ShoutMix chat widget

Blog Ilmuan

Rakan Kusza @ UDM

Rakan Mesir

Rakan Malaysia

Powered By Blogger