Hamba Allah Yang Hina

http://mantop86.blogspot.com/

ad

Followers

hadis tentang puase..

KELEBIHAN RAMADHAN....

1.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

2.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

----------------------------------------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN BERPUASA...

1.Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.

2.Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
AKHLAK SEWAKTU BERPUASA...

1.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.

2.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya).

-------------------------------------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN BERSAHUR DAN MENYEGERAKAN BERBUKA...

1.Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.

2.Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
MAKAN & MINUM KERANA TERLUPATIDAK MEMBATALKAN PUASA...

1.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
TIDAK BATAL PUASA ORANG YANG BANGUN DARI TIDUR DI WAKTU PAGI DALAM KEADAAN BERJUNUB...

1.Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

huhuhu.......

assalamualaikum semue,selamat menjalani ibadah puase,gunekan kesempatan bulan yg penuh berkat ni dengan amalan amalan yg diredhai allah....banyak kan amalan sunat yg wajib jgn tinggal,bykkan berdoa dan amalan2 yg berfaedah....
kali ni nk citer pasal time buat keputusan pekse ngan sijil sementare dulu,saje tunjuk gambar2 kenangan mase buat keputusan pekse...semue skali kene LE 100,tu semue duit stem ,campur LE 10 yg hilang,kire total semue LE 110,hehehe...alahmdulillah dah selesai semue,tinggal nak terjemah je...akhir kalam,jumpe lg.......


ni la universiti al azhar cawangan mansurah banin,tu kuliah lughah,time kuliah usuluddin belakang die,tp x nampak la,sbb yg tangkap gambar ni kat kuliah usuluddin,hehehe....

ni gambar kat pintu masuk kuliah,mcmni la pintu gerbang die...

bergambar bersame pelajar arab mane ntah,yg tepi tu salah seorang dokter yg ngaja di universiti al azhar

ni bergambar dgn dokter pe ntah,x ingat name die,hehehe.........

ni lak,mudir kuliah,mcm ketue kuliah la,tp ade lg atas die,amid kuliah,suke bebeno arab ni klau tangkap gambo dgn depe,dah tangkap tgk pehtu puji diri sendiri lak,helwa2,gamil...

ni tempat tgk result dulu,bdebo nunggunye,lebih 3 kali tgk xkuar2 gak,kali ke 4 baru la kuar,jenuh memanjat nak tgk,tulisan kecik bebeno...nasib nampak jugak...

ni gambar kat depan kelas,siap pkai kot,last2 x tahan,panas..hehehe.........


ni la arab yg buat keputusan pekse sy,sempoi je die,leh kou tim la,x de la nak marah2 walaupon sibuk.......

ni lak ketue pade ara atas td,semangat nak tangkap gambar,ape pon thanx la ek sudi bergambar,hehe.....

solat terawih

salam alaik,kali ni nak story pasal solat terawih sket...

SEMBAHYANG TARAWIH

1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

4. Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

more !!!!

salam alaik,teringat pose kat malaysia lepas teraweh de more... kat mesir sape ha buat more???
malam pertama teraweh,jiran bawah rumah al fadhil ustad yus n zaujah die jemput ahli bait taubah g umah die de makan sket,hehehe... dapat jugak merase more yerk....time kasih ustad yus n family sbb sudi jemput,well food very sedap,klau x,x kan semue kwn2 tambah jerk mcm x pnh makan,hehehe....ape pon semoge allah memberkati ustad,fmly n smue muslimin muslimat,syukran..

ha...jemput makan,tengah pikir nak ambik mane dulu...nnt lili abiskan..

ni la makanan yg di hidangkan,nasi kerabu tu...teringat zaman2 kusza dulu,waduh2,sape yg tgk rase lapo,g la masak,x pon cari kat bazar ramadhan...

selamat hari jadi

salam alaik.... dikesempatan ini,sy nak ucapkan selamat hari lahir buat ahli bait sy yg bernama suhaili berasal dr sabah yg menyambut hari jadinye yg ke 22,berkat bulan puase ni semoge suaili panjang umo murah rezeki dan segala galanye lah,cepat kawin ke ape ke yg beliau inginkan,hehehe....

kemesraan yg tidak dapat dibendung dari seorang kawan yg .........berkate lili " aku x larat la nak suap kat ko,geli tgk gigi ko " jawapan yg agak ikhlas dr seorang kawan....

haa...ni kek yg kitorang dapat mase ari jadi lili,sape buat li??? soalan yg tiada jawapan...hehehe

ramadhan syahrul mubarak....

assalamualaikum all,bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya telah 3 hari kite berada dalam bulan ramadhan yg tercinta ini,kali ini sy nak terangkan secara ringkas apakah die erti puase,syarat puase dan seangkatan dengannye...

puase ialah Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa


Wajib Puasa:
1) Islam

2) Mukalaf

3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur

4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.

2) Suci dari haid dan nifas.

3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.

4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Membatalkan Puasa Sekiranya :
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4) Haid atau nifas.

5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6) Murtad (keluar dari Islam).

7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.

2) Mengumpat, mengata orang.

3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.

4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.

5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Sunat-sunat Puasa:
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.

2) Orang sakit, wajib di qada’.

3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika
takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

cuace hari ini


For more widgets please visit www.yourminis.com

ad

Islamic Widget

Malaysia

Tuan punyer

my blog

Siapa Aku

Teman Punye Blog

Negara Pelawat

Pelawat


View My Stats

Trafik Imej

My Blog Log

99 Nama Allah

Waktu Malaysia

Taqwim

Jom Nyembang

kata kata hikmah

Komen Jelah


ShoutMix chat widget

Blog Ilmuan

Rakan Kusza @ UDM

Rakan Mesir

Rakan Malaysia

Powered By Blogger