Hamba Allah Yang Hina

http://mantop86.blogspot.com/

ad

Followers

merdeka @ bulan Ramadhan???

assalamualaikum untuk semue....

syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan nikmat yg mencurah curah kpd hambanya dapat lagi kite hidup dan menikmati kehidupan yg indah ini...

kpd semue pembace warge malaysia,selamat hari merdeka yg ke 51,semoge dgn apa yg telah allah kurniakan jgnla kite leka dan alpa,setelah 51 tahun merdeka adakah kite merdeka semerdekanya drpd yahudi?? adakah kite masih mengikuti telunjuk yahudi?? apakah yg kite lakukan untuk mengalahkan yahudi?? jawapnnya semue dalam diri kite masing2...renung2kan lah... hayati lah makne merdeka yg sebenar-benarnya... dan jgn lah kite terlalu merdeka,krn kite sbagai maghluk ciptaan allah ada matlamat dan tujuan hidup di dunia ini...seperti mane firman allah yg bermaksud " tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembahku ( beribadat kepada allah ) " jgn la disebabkan kite merdeka kite lupe tujuan asal kite hidup di dunia ini....

selepas merdeka kita akan menyambut kedatangan bulan yg penuh kemuliaan,bulan penuh berkat,bulan penuh hikmah,bulan ramadhan al mubarak,maka pilihla yg mane satu yg lebih utama untuk kite manusia umat islam raikan dgn lebih meriah dan gembira...Bulan Ramadhan @ sambut merdeka...kite lihat nnt yg mne satu umat islam malaysia akan pilih...walluaklam...

sy memperingatkan diri sy dan seluruh umat islam di Ramadhan yg akan tiba,kite bersungguh sungguhla beribadat pada bulan ini dgn penuh keikhlasan,rebutlah segala hikmah2 kelebihan dan keagungan bulan ramadhan ini,anggap lah bulan ramadhan ini,bulan ramadhan terakhir untuk kite temui...sempatkah kite bertemu lg di ramadhan yg akan datang...berdoalah kpd allah...

kalam yg terakhir,selamat menyambut bulan Ramadhan dgn penuh ibadah kpd allah taala... wassalam...

pose @ puase????

assalamualaikum,kat sni nak cite sket tentang ksilapan2 yg sering dilakukan oleh org yg berpuase yg tidak disedari ataupon sudah disedari tapi buat2 tak sedar,ape pon tak salah untuk ingat memperingati antara kiter....almaklumlah manusia ni pelupe,menjadi tggjawab org yg tau untuk ingatkan...wallahuaklam...


Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(bukan kerana uzur yang diterima Islam).

= Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

=Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .

=Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .

=Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

=Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih .

=Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

=Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

=ini dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .

=sedangkan Imam Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .

=Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .

=Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .

=Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

konvo

assalamualaikum semue...

lame x update blog ni,sibuk sket,walaupon x la sesibuk mane,saje2 buat sibuk,kali ni nak cerite pasal konvo bersama kedutaan aritu,pada 24.08.2008,x silap la,alhamdulillah,merase gak konvo,orang naik konvo,kite pon nak gak,ntah pe2 ntah,tapi alhamdulillah la...

mase diploma kat kusza lame gak menanti konvo,tp sampai la sekarang,x dengar2 lagi pasal konvo kusza,tunggu tue kot,x dapat la merase konvo bersame family tersayang,ape pon redha je la,ni semue kejayaan hasil sokongan dorongan dan doa dari keluarge tercinta...

ok,gambar kat bawah ni antara yg sempat diambil mase konvo aritu,rase gembira sebab dapat naik konvo,tp sedih pon de gak sbb x de family,pe pon syukur la,harap2 mak ade mase ari konvo tu,hehehe...lame mak tunggukan,lastly bersyukur sangat pada allah atas nikmat yang di beri,semoge hamba mu ini tidak lalai dengan segala nikmat yang engkau kurniakan...aammiinnn...


semase naik pentas dan mengambil skroll kosong ( nak balik br dapat sijil ) daripada naib president al azhar.

habis program,aktiviti mengambil gambar,hehe,ade gaye jadi pengantin x???? bile?? dgn sape??? x sabarnye..... hahaha,merapu sket,tau kakak,komfirm kne perli,hahaha...

sheikh tantawi,sheikh al azhar as syariff,sheikh ni bagi skroll pade pelajar cemerlang jer,x merase salam die,x pe2,kne usaha lg...

my friends from sekolah menengah dulu,x sangke leh jumpe kat sini

kawan2 dari sekolah menengah gak tp de campur ngan kawan pondok moden...mabruk alaik...

ha...pelajar yang kurang upaya pon konvo,hehhehe ( gurau,jgn marah ) kawan dari kusza,smart la sangat pakai spek hitam dalam dewan,dah mcm orang bute lak...

bersame pet,renung pe tu pet...

bersama khirwan kwn rumah perak

bersama afifi,kawan sekolah menengah dulu,dia di antara pelajar yang mendapat anugerah pelajar cemerlang,mantep... mabruk fifi...balik malaysia dah jadi imam terawih jap...

bersama ustaz ihsan pelajar lughah mansurah....

bersama suaili,my ahli bait,ajk konvo ni...power la lili...cayok

menanam kerinduan pada Ramadhan...

assalamualiakum...bersyukur kepada allah sekian lama menanti, akhirnya bulan yang kita umat islam seluruh dunia nanti nantikan akan hadir tidak lama lagi, Penghulu segala bulan iaitu bulan Ramadhan al mubarak,di mana bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan limpahan kebaikan, keberkatan, pengampunan dan bermacam macam lagi hikmah dan barkah di dalam bulan Ramadhan ini, semue hikmah dan kelebihan bulan Ramadhan ini akan dapat dirasakan dan diraih bilamana ilmu tentang Ramadhan difahami dengan baik.
Bayangkan, para generasi ilmuan awal Islam sangat merindukan bertemu dengan bulan suci ini. Mereka berdo’a selama enam bulan sebelum kedatangannya agar mereka dipanjangkan umurnya sehingga bertemu dengan bulan Ramadhan. Bila bulan Ramadhan tiba, mereka bersungguh-sungguh meraih kebaikan dan keutamaan bulan Ramadhan. Dan ketika mereka berpisah dengan Ramadhan, mereka berdo’a selama enam bulan seterusnya, agar kesungguhannya diterima Allah swt. Kerinduan itu ada pada diri mereka, karena mereka sedar dan faham betul keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan.


Bagaimana menyambut bulan Ramadhan agar lebih bersungguh sungguh apabila sampai di bulan Ramadhan ? Berikut dikemukakan antara “8 Tips Menyambut Ramadhan” agar kita dapat sama sama menyambut bulan Ramadhan kali ini dengan penuh rasa gembira dan menjalankan ibadah dengan sempurna..

1. Berdoa agar Allah swt. memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimal: puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani)

2. Pujilah Allah swt. karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt. kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.

3. Bergembira dengan datangannya bulan Ramadhan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

4. Rancangkan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, oleh itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang akan membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

5. Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt., maka Allah swt. akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. maksud firman allah “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.

6. Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahu.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Buatlah persediaan untuk qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs – pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental, dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt. di bulan Ramadhan.

8. Tinggalkan dosa dan maksiat. Isi Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw., dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri dan anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, “Manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Semoga Allah swt. memanjangkan umur kita sehingga berjumpa dengan bulan Ramadhan. Dan selamat meraih kebaikan-kebaikannya. Amin ya Rabbal alamin. wallahu a’lam.

jaulah ke fayyum....

assalamualaikum all...

kali ni nak cerita pasal jaulah baru baru ni,jaulah ke fayyum,banyak tempat menarik yang boleh dilawati dekat fayyum ni,antaranya,kincir air,air terjun,kebun mangga,piramid,tasik qarun,dan macam2 lagi,jaulah ni pada 16.08.2008,kat sini sy sertakan gambar gambar yang mungkin menarik untuk di lihat,selamat melihat.....

perjalanan dari mansurah baru bermule,kitorang naik bus kecik je,sebab penyertaan x la ramai sangat,lebih kurang dalam 30 orang gak,bayaran LE 60 je...

ni la orang kuat yang menjalankan program ni,bagus2,dua dua pakai baju merah,hehe,jgn marah...teruskan usaha anda....

pemandangan pertama ketika didalam perjalanan,kalau lihat kat sini mcm satu penempatan,ni memang satu penempatan pon,tapi penempatan bagi orang yang sudah meninggal,ni la kawasan tanah perkuburan dimesir,di ceritakan,disini adalah antara kawasan perkuburan yang terbesar di mesir...

destinasi pertama ketika sampai di fayyum...ni tempat air terjun,tapi sampai2 dah lapar,jadi kitorang makan dulu la untuk mengisi perut yang kosong....

ni la die,air terjun yang dikatekan tu,dan ini la juga dikatekan satu2nye air terjun yang ade kat mesir,betul atau x,wallahuaklam,mungkin ye,mungkin x....yang menariknye,air terjun ni berade di tengah2 kawasan padang pasir....

ni pandangan dari jauh tasik yang ade di tengah2 kawasan padang pasir,masyaAllah...

ni,destinasi yang kedue,kebun mempelam atau mangga,kat sini banyak sekali mangge yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan,kene pandai tawar menawar gak...ni kat depan pintu pagar kebun,x leh masuk kebun pon,just beli je...
ni jiran sy,adnan,pandai die cari post begambar dengan tukang jual mangge kat keun mangge ni,hehe...ni gambar kat air shilin,de ynag mengatekan,air ni dengan izin allah leh merawat pelbagai penyakit,wallahuaklam,leh jadi cover album ni,hehe...

ok,gambar ni kat kincir air di fayyum,dikatekan kincir air ni sudah ade dari zaman nabi yusuff dulu,wallahuaklam....

ok,sekarang gambar kat kedai buah,letih berjalan,basahkan tekak dengan air tebu,hehe....

ni gambar mase dalam bus,gambar piramid yang terdapat di fayyum,x sempat nak pegi,sebab jalan jauh dan mase x mengizinkan...

ni gambar semase perjalanan balik,hehe...semue letih,tertido,tp ade juga yang sempat ambil gambar orang tengah tido,hehe

alhamdulillah akhirnyer....

assalamualaikum untuk semue...

sudah lame tak update blog ni,disebabkan ketiadaan mase yang lapang,sekarang ni alhamdulillah ade mase untuk berkongsi cerita dan pengalaman,cerita yang ingin dikongsi hari ni keluar natijah imtihan,sekian lame menanti,setelah lame menunggu,akhirnye natijah imtihan sy sudah pon keluar pada 13.08.2008 hari rabu hari tu,alhamdulillah dengan izin dan rahmat dari Allah taala,sy sudah lulus untuk imtihan sy kali ni,berkat doa dari ayah,keluarge dan teman teman seperjuangan,dan kejayaan ini khas untuk ibu yang tercinta walaupun die tiade bersame sekarang...

tiade ape yang boleh dilafazkan,melainkan syukur kepada allah atas pemberian yang diberi,walaupun diri ini merase tidak layak untuk menerima kejayaan ini disebabkan usaha yang tidak seberapa,mungkin ini satu rahmat dan mungkin ini juga satu ujian bagi diri ini,agar diri ini lebih beringat ingat dan tidak lalai lagi di mase akan datang insyaAllah...

al kisah kene curi...

assalamualaikum smue...

dah lame x cerita pasal pengalaman diri ni,kali ni nak cerita pasal pengalaman barang kene curi kat negare mesir ni,siapakah yg curi,bagaimana caranya,apakah barang yg dicuri,perasaan selepas kene curi,jom same2 bace... :(

pada suatu hari,sekema lak,tanggal brp aribulan ntah,x ingat,yg pasti pada hari jumaat,sayyidul ayyam,peristiwa yg amat menyedihkan hatiku,peristiwa ni blaku pd musim exam,exam penggal kedua,cmni ceritanya...
pada hr kamis tu sy dan ahli bait smue de kat umah,musim examkan,smue buzy study,sy pon x ktinggalan menyibukkan diri utk study mlm tu,mlm tu snior kusza dtg,nme die iman,dtg melawat,sambil2 de mase same2 study la,mcm2 pny study sampai x ngantuk,buku pelajaran x buka pon,study sambil gelak je,ape ke name study cmtu pon x tau la,gelak je,lucu sgt kot sembang,lgpon sy pny exam hr sabtu,awal lg,jumaat leh study,hasut nafsu yg nakal ni,kalah la jugak ngan nafsu ni,kami truskan upacara sembang sampai la ttibe dengar...allahu akbarullahu akbar....ha,x tido sampai subuh,ingat malam2 bjage wat amal ke,ni x,ish2,nafsu2...

habis je azan pehtu kitorg de yg pg masjid,de yg jemaah kat rumah,sy ni pny la iman lemah dan kalah ngan nafsu,solat jemaah je kat rumah je,kwn2 lain de yg pg masjid,bgus2.alhamdulillah selesai solat,kitorg x nak la sembang bende2 lagha ni,cdg nak mule hidup baru dgn mulekan study lak,esok nak exam kan,hehe....so pd pagi tu,stat la study,si apis dan si suaili pagi jumaat tu de exam syafawi,depe la org yg agak paling rajin study pagi tu,sy belom mule lg,ngantuk pon ade,cdg2 nak rehat dan tido,ptg dan malam leh study lg,hasut nafsu ni...sy pon pg la masuk bilik kmudian sy cas enset dan mp4 sy dalam bilik,pehtu sy kuar bilik,tgk rakan2 study,semangat rasenye,bgus2,rajin pon...

bebrape minit kmudian sy masuk bilik balik,ambik enset n mp4 letak atas katil kecik,saje bg nampak dah penuh ke x beteri yg tgh cas tu,pehtu sy kuar balik,disebabkan musim panas,pagi tu sy bio je la pintu bilik dekat koridor tu terbuka,bg angin pagi masuk,mase tu x de terpikir pon mcm2 leh masuk,bukan angin je,nk wat cmne,pehtu sy pegi bilik suaili,tgk2 tenet jap...
tgk tv3,fenster,lbh kurg dalam 6 @ 7 minit la,pehtu tgerak hati nak pegi ambik enset,nk tgk jam ke tgk msj klu de masuk ke,jd sy pon tutup la tenet pg la bilik,hajat pehtu nak tido...

masuk je dalam bilik,ish2...tgk2 enset x de dah,mane lak pegi enset ni,sape lak yg sorok ni,su uz zhon hati ni,ni mesti keje suaili,sbb dulu sy suke sorok enset die,tanpa berlingah lg sy pg tny die,li,ko sorok mne enset ak,di kate mne ak tau,sy gelak2 le,haha,lawak la ko li,sy terus ambik enset die miscall enset sy,skali bunyi pon xde,miscall lg,sampai de org angkat,ai,siap angkat lagi,sape lak yg angkat,skali dgr sore org arab,die cakap ezze eh??? ( nak ape) tkejut gak,trus letak,die lak tny sy nak ape,ttibe hati rase sayu je,gtau kwn,wei enset ak de la,kwn sy iman tu mcm x caye je,hang biaq betul,sy ckp betul la,x kan nak tipu kot,gune enset kwn sy sorg lg lak,enset benu,miscall2 die x angkat dah,malu kot,ingat habis cmtu,skali arab tu leh miscall balik no benu tu,rase sedih ni jd geram lak,boleh lak die misscall balik,ish2 x patut tul...

kaji punya kaji,sahla enset kne curi,bukan stakat enset je,mp4 skali dan yg best complite ngan carge,kirenye x de la kenangan bsame enset n mp4 tu,tp de gak,ear phone die x amik lak,care arab tu curi? rupenye arab tu panjat rumah sy dan masuk kat koridor bilik tu,sbb nampak tapak kaki die,cmne die panjat x tau la,belum lg sy nak test sbb tinggi gak,power la arab yg curi tu,mane die blajo ntah,nasib die ambik enset dan mp4 je,klau die amik nyawa sy naye je,alhamdulillah... syukur la...sbb aritu ari jumaat x dapat la wat repot,esok br buat,tu pon rase2nye 5 kali pg wat repot br setel,siap dah de kes ke2 curi baru siap,byk tol kene sabo...sampai skrang x de brite ape2 tentang enset sy tu,nak g tenang hati,anggap je la arab tu pinjam dan x reti nak g pulang kat tuan pny barang,de hikmah tu...

selang beberapa hari pehtu,rumah akhawat lak kene curi,enset,mp4 duit n mcm2 lg kne curi, waktu kejadian same,subuh2,waktu cari rezeki kan,dan sekarang,baru je bbrape hari jiran sy lak nme die adnan enset kene curi,tido x sedo diri,tu la,so jage2 lah sape pny enset pehni,jgn letak mrate2,tutup smue pintu rumah...doa byk2...

pengajaran yg sy dapat diambil dr pngalaman diri sy ni...

1.jgn la study last minit,kang jadi pe2 cam kejadiaan ni ha,kan lemah semangat,ni x de kene mngene ngan curi ni la..
2.klu mlm tu leh bjage wat la bende2 yg lebih faedah,klau x leh jage,tido tu lebih baik,allah jdkan malam tu utk rehat...
3.jgn la banyak gelak,benak hati ni nanti...
4.kan bagus solat jemaah kat masjid,jemaah tu dah bgus,tp lebih bgus lg kat masjid,x jauh pon...
5.jgn kaco org,sorok2 enset org,kan dah kene balasan...
6.pintu tu klau x de org tutup la,utk keselamatan...
7.malam jumaat kan bgus wat bende2 yg baik,ngaji ke...
8.klau nak tido tu,bace doa tido...jgn pakai tido je...

byk lagi pengajaran dlm crt ni,mne yg buruk tu jgn la tiru,perasaan selepas kene curi tu,mula2 sedih gak,mmg sedih pon,sbb dah lame pkai enset tu,tp pikir balik,tu smue hak allah,ade la hikmah tu,mungkin gak pengajaran wat diri ni yg lalai kpd allah,ujian smue tu,nak wat cmne sape suruh x bjage2...lgpon smue tu bende yg baharu,mungkin gak byk sgt dose pd allah,bg ingat sikit,ape pon sy redha ape yg tjadi...pd kawan2 yg lain,jge barang elok2,tmbh brg2 bharge,mcm enset,duit,yg terbaru baju kemeje....selamat membace...

sekian assalamualaikum....


husnul khatimah??????


"husnul Khatimah adalah hujung perjuangan manusia. jikalau perjuangan terakhirnya berlangsung dengan baik, insya Allah ia akan menikmati hidup terakhir dari kehidupannya di syurga."

Hidup terasa begitu cepat. Dan waktu secara perlahan-lahan, senantiasa mengarahkan kita menuju kematian. Satu tahun berlalu berganti dengan dua tahun dan kian hari usia kita semakin bertambah. Semakin lama kematian itu semakin mendekat dan manusia tak mungkin lagi dapat menghindarinya. Ibarat sebuah medan ujian, dunia adalah babak prakualifikasi untuk menentukan siapa yang layak untuk mendiami istana syurga yang abadi, dan siapa yang pantas untuk dimasukkan ke dalam bara api neraka.

Detik-detik kematian tak perlu dirisaukan. Orang-orang yang beriman akan menyambutnya dengan perasaan yang tulus, dari Allah SWT kita berasal dan kepada-Nya pula kelak kita kembali. Dalam kepastian menjemput kematian inilah husnul khatimah menjadi idaman setiap orang mukmin. Karena pada detik akhir ini semua ditentukan, apakah kita akan menjadi orang yang bahagia, atau sebaliknya, semua tergantung pada detik-detik akhir ini. Husnul Khaatimah, merasa enjoy dan happy, bahagia di saat –saat terakhir kehidupan.

Setiap akhir pastilah ada awalnya. Begitu juga kalau ada husnul khaatimah itu sesungguhnya tidak hanya pada akhir kematian. Paling tidak ada empat kali kehidupan yang kita lalui.

Pertama, saat keluar dari alam ruh ('alamul arwaah). Dari alam ruh, kita keluar dan masuk ke alam kedua, yang disebut dengan 'alamul arham (alam kandungan atau rahim ibu). Ketika dalam kandungan, ada satu masa di mana Allah "meniupkan" ruh kepada makhluknya yang sebelumnya hanya selonggok daging sahaja.

Tatkala Nabi Adam diciptakan dari tanah liat itu, dia tidak ada apa-apanya. Nabi Adam tak ubahnya selonggok tanah biasa. Nabi Adam mulai berharga dan bernilai, setelah Allah SWT meniupkan ruh-Nya itu dan menjadikannya sebagai khalifah (hamba Allah) di bumi. Pada saat itulah kedudukannya melampaui makhluk ciptaan Allah yang ada sebelumnya, termasuk malaikat dan jin.

Di dalam alam rahim, terjadi peristiwa yang disebut dengan "perjanjian primordial", yang universal bagi seluruh manusia. Manusia dengan Tuhannya melakukan kontrak.

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), Kami menjadi saksi". (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", (QS. Al-A'raaf : 172).

Apa pun agamanya dan betapa pun kafirnya orang itu kemudian, sesungguhnya ia mengingkari perjanjian primordial itu dengan Tuhan. Seorang manusia tidak mungkin keluar ke alam fana (dunia) ini tanpa melalui perjanjian itu.

Kehidupan yang ketiga adalah alam fana (alam sementara). Di sinilah puncak prestasi manusia harus diperoleh. Dunia ini tempat beramal dan berprestasi yang menentukan masa depan kita di alam berikutnya. Kalau prestasi amal ibadah kita baik, maka mulai alam keempat yaitu alam barzakh sampai terakhir, alam akhirat nanti, kita akan merasakan efek dan pengaruh positifnya. Maka di sinilah perlunya kita mengkaji husnul khaatimah.

Husnul Khaatimah adalah ujung perjuangan manusia. Kalau perjuangan terakhirnya itu baik, insyaa Allah ia akan menikmati sisa terakhir dari kehidupannya. Mafhum dari hadis Nabi SAW, "Barang siapa yang mengucapkan laailaahaillallah di akhir hayatnya (di penghujung pembicaraannya) , ia dijamin masuk surga."

Apakah hadis ini mengisyaratkan tidak pentingnya shalat, puasa, zakat, atau haji bagi kita? Bukankah dengan hanya mengafal kalimat laailaahaillallah yang nantinya kita ucapkan menjelang kematian, sudah cukupkah membuat kita masuk syurga? Tentu saja jawabannya tidak. Persoalannya tidak sekadar menghafal. Kalimat ini kalimat bahasa arab. Bisa jadi saat ini kita merasa mudah dan lancar melafadzkannya. Akan tetapi orang yang selalu dilumuri dengan dosa sepanjang hidupnya, lidahnya takkan sanggup mengucapkan laailaahaillallah. Atau dia punya dosa-dosa tertentu, sehingga lidahnya kelu untuk mengucapkan kalimat tauhid ini.

Diceritakan, suatu hari Rasulullah mendengar bahwa Al-Qama, salah satu sahabat dekatnya, mengalami sakaratul maut, Rasulullah kemudian mengutus sahabat-sahabat terbaiknya yang lain untuk membantu ta'ziyyah kematiannye. Alangkah terkejutnya para sahabat yang datang pada saat itu. Al-Qama yang dikenali rajin ikut berjihad bersama Rasulullah, tidak sanggup mengucapkan laailaahaillallah, tetapi kata-katanya lancar, ia memanggil siapa saja.

Selepas melihat kejadian itu, sahabat segera menghubungi Rasulullah. "Ya Rasul. Ada sesuatu yang aneh terjadi pada sahabat kita Al-Qama," kata seorang sahabat. "Apa yang terjadi padanya?" Tanya Rasulullah. "Sahabat kita, Al-Qama, tidak sanggup mengucapkan laailaahaillallaah." Rasul pun datang menemui Al-Qama, seraya bertanya, "Apakah kamu mengenalku?" "Saya sungguh mengenalmu ya Rasulullah!" jawab Al-Qama. "Bacalah laailaahaillallaah," kata Nabi. Berkali-kali Rasulullah mengajar dan membantunya, Al-Qama tetap tidak bisa. Mulutnya terasa terkunci, dan kalimat tauhid ini seakan berat untuk diucapkan. Anehnya, Al-Qama bisa berkata selain kalimat tauhid itu.

"Tolong panggilkan ibunya," Rasulullah menyuruh sahabatnya. "Ibunya tidak ada ya, Rasulullah." "Tapi masih hidupkah dia?" Tanya Rasulullah. "Masih hidup," jawab para sahabat. Diutuslah seorang sahabat untuk memanggil ibu Al-Qama atas nama Rasulullah. Setelah ibunya datang, Nabi bertanya, "Mengapa ibu tidak datang, saat anak ibu sakit seperti ini?" "Saya memang belum sanggup datang ke sini. Sekiranya bukan Rasul yang memanggilku untuk datang, saya takkan datang," kata ibu itu dengan sedih. "Kenapa?" Tanya Rasul. "Saya tersinggung oleh perlakuan anakku ini.. Semenjak ia kawin, ia tak ingat lagi untuk menjagaku. Padahal ialah satu-satunya anakku." Jawab ibu itu. "kalau demikian sanggupkah Ibu memaafkan anak Ibu?" pinta Rasul. "Hati saya belum rela memaafkannya, hatiku terlalu sakit," jawab Ibu itu kemudian. Lalu Rasulullah memerintahkan para sahabatnya untuk mengumpulkan kayu bakar. Tak lama kemudian, kayu bakar itu dikumpul di depan Al-Qama. "Untuk apa kayu bakar itu ya Rasulullah?" Tanya ibu tadi hairan. Nabi menjawab, "lebih baik api dunia yang membakarya, daripada api neraka yang menyala dan dahsyat panasnya. Jika engkau tak mahu memaafkan anakmu, lebih baik anakmu kami bakar!" "Jangan!" pekik ibu itu seraya mengucurkan air mata. "Aku memang marah anakku, tapi tak ingin dia mengalami malapetaka seperti itu. Sudahlah, aku maafkan anakku," lanjut ibu itu. Begitu kata maaf itu keluar dari mulut si ibu, meluncurlah kalimat laailaahaillallah dari mulut Al-Qama. Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya terus mengucapkan innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.

Cerita ini, menggambarkan kepada kita, betapa susahnya meraih husnul khaatimah itu. Tidak sekadar lancar mengucapkannya. Betapapun solehnya seseorang itu, dia pasti takut menghadapi sakaratul maut itu. Mari kita renungkan masa lalu kita. Gelapkah perjalanan hidup kita? Ataukah justru sebaliknya? Kita adalah orang paling tahu masa lalu kita sendiri. Berapa orang yang kita korbankan demi memenuhi kepentingan kita? Berapa orang yang kita tipu? Berapa orang yang telah kita buat resah? Belum lagi dosa kita kepada Allah! Ternyata gelapnya masa lalu kita.

Siapa yang tidak takut mati, ketika membayangkan masa lalunya yang sarat dengan dosa. Kalau Allah tidak memaafkannya, apa jadinya kita ini? Mari kita renungkan siapkah kita menghadapi kematian ini? Apa bekal kita untuk masa depan kita setelah kematian? Kerana cepat – lambat pasti menjemput kita?

Masalah husnul khaatimah, tidak boleh kita ukur dengan ukuran-ukuran biase. Kadang, tetangga kita yang biasa-biasa saja, mengalami kematian yang syahdu sembil tersenyum. Sebaliknya, seorang ahli ibadah yang amalnya-dimata kita-baik sekali, akan tetapi menghadapi seksaan yang luar biasa pada detik-detik ajalnya, bukanlah jaminan bahawa amal tetangga kita yang biasa-biasa, lebih baik daripada ahli ibadah yang soleh itu.mungkin, orang yang tersenyum saat menjelang kematiannya, masih ada sisa-sisa kebaikan yang pernah dilakukannya, tapi setelah itu ia langsung masuk neraka. Sebaliknya, mungkin masih ada sedikit dosa-dosanya yang diampuni Tuhan, maka, detik-detik terakhir hidupnya ia diberi kesempatan untuk mencuci dosa-dosa itu, dengan dibiarkan menderita saat menjemput maut. Sebab, penyakit adalah penghapus dosa. Rasulullah bersabda, "Orang yang diuji dengan berbagai penyakit, kemudian orang itu sabar, maka ia akan menghapus dosa-dosa masa lalunya."

Ada beberapa peristiwa yang menurut Rasulullah disebut sebagai pencuci dosa. Antara lain: seorang perempuan yang melahirkan seorang anak dan meninggal dalam keadaan masih bayi. Insyaa Allah orang itu akan mendapatkan peluang untuk husnul khaatimah. Atau orang yang melahirkan lalu meninggal. Kita tidak bisa menentukan orang itu husnul khaatimah atau su'ul khaatimah. Yang berhak menilai dan yang tahu persis hanya Allah SWT.

Memang, dalam kitab kuning disebutkan, ciri-ciri orang yang meninggal dalam keadaan baik, antara lain: mampu mengucapkan kalimah laailaahaillallaah. Bahkan ada yang ingin meninggal dalam keadaan sujud di depan kebesaran Tuhan. Kita bisa berdoa untuk meraih husnul khaatimah. Kita memohon dilindungi dari kematian dalam keadaan yang hina dina. Tidak sedikit orang yang meninggal di tempat pelacuran. Padahal mungkin pada masa lalunya sangat bagus.

Bagaimana mempersiapkan husnul khaatimah itu? Kita tidak bisa mengatur skenario pada detik-detik kematian kita. Kerana sesungguhnya, husnul khatimah itu diperoleh melalui perjalanan rangkaian panjang amal perbuatan kita.

Wallahu A'lam Bis Shawab.




¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Hadith Nabi s.a.w.:
Daripada Salman bin 'Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim."

Hadith riwayat al-Tirmizi

kajian membuktikan....

Kesan Zikir Terhadap Otak.....

assalamualaikum,sedikit maklumat tentang kajian saintis terhadap otak manusia...


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

wanita wanita pilihan....

Antara name isteri2 Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam....

  • Khadijah binti Khuwailid
Dinikahi oleh Nabi Muhammad ketika Nabi berusia 25 tahun manakala Khadijah 40 tahun. Mahar kahwinnya sebesar 12.5 uqiah emas. Sehingga Khadijah meninggal dunia, Nabi Muhammad tidak mengahwini wanita lain. Dia meriwayatkan sebuah hadis sahaja.
  • Saudah binti Zam’ah
Dinikahi oleh Nabi Muhammad pada tahun kesepuluh selepas kenabian. Sebelumnya, Saudah isteri kepada sepupunya sebelum bercerai. Nabi Muhammad pernah mahu menceraikannya ketika menikahi Aisyah tetapi dia tidak melakukannya. Dia meninggal dunia semasa Umar al-Khattab menjadi khalifah
  • Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq
Dinikahi oleh Nabi Muhammad di Mekah ketika berusia enam tahun dan hidup bersama ketika berusia sembilan tahun. Mas kahwinnya bernilai 400 dirham. Merupakan isteri yang paling di cintai oleh Nabi Muhammad. Dia meriwayatkan 2210 hadis dan meninggal dunia ketika berusia 87 tahun. Jenazahnya disembahyangkan oleh Abu Hurairah dan dikebumukan di al-Baqi’ pada waktu malam
  • Hafsah binti Umar
Dinikahi pada bulan Syaaban, kira-kira 30 bulan selepas hijrah. Bapanya ialah Umar bin Khattab, manakala ibunya ialah Zainab binti Mazh’un. Hafsah dilahirkan lima tahun sebelum kenabian dan dinikahi dengan mahar sebanyak 400 dirham. Dia meriwayatkan sebanyak 60 hadis. Meninggal dunia pada bulan Syaaban, 45H. Jenazahnya disolatkan oleh Marwan bin al-Hakam, Gabenor Mekah pada waktu itu.
  • Zainab binti Khuzaimah
Dinikahi pada tahun ketiga hijrah dengan mahar sebanyak 400 dirham. Dua tiga bulan selepas bernikah, dia meninggal dunia pada usia 30 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh Nabi Muhammad dan dikebumikan di al-Baqi’.
  • Hindun binti Abu Umaymah bin al Mughirah
Bernikah dengan Nabi pada akhir bulan Syawal tahun keempat Hijrah (ada yang mengatakan tahun kedua). Anaknya sendiri yang menikahkannya dengan Nabi sekaligus menunjukkan bahawa anak boleh menjadi wali pernikahan ibunya. Namun ini dikatakan bertententangan dengan Mazhab Syafie. Hindun meriwayatkan 328 hadis. Dia meninggal dunia pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah pada tahun 60H ketika berusia 84 tahun. Dia dikebumikan di al-Baqi’.
  • Zainab binti Jahsy
Zainab merupakan hamba kepada Umaymah binti Abdul Muthalib. Nabi menikahkannya dengan Yazid bin Harithah. Setelah Yazid menceraikannya, Nabi menikahi Zainab pada tahun ke-5H dengan mahar 400 dirham. Ketika itu Zainab berusia 35 tahun. Zainab meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia pada tahun ke-20H ketika berusia 53 tahun. Jenazahnya di solatkan oleh Umar al-Khattab dan dikebumikan di al- Baqi’
  • Juwairiyah binti al-Harith
Juwairiyah ialah dari Bani Musthaliq. Dia merupakan hamba kepada Tsabit bin Qays. Nabi membelinya dari Tsabit, memerdekakannya dan menikahinya dengan mahar 400 dirham. Juwairiyah meriwayatkan 7 hadis dan meninggal dunia di Madinah pada bulan Rabiulawal 56H ketika berusia 70 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh Marwan bin al-Hakam.
  • Rayhanah binti Yazid
Rayhanah ialah dai Bani Nadhir. Dia adalah antara tawanan Bani Quraizah yang kemudiannya dipilih oleh Nabi bagi menjadi isterinya. Rayhanah seorang yang cantik dan berakhlak mulia. Apabila menjadi tawanan dia diberi pilihan sama ada mahu memeluk Islam atau tetap dengan agamanya. Dia memilih Islam lalu dimerdekakan dan dinikahi oleh Nabi pada tahun ke-6H. Dia pernah diceraikan oleh Nabi kemudian rujuk semula. Dia meninggal dunia apabila Nabi pulang dari haji wida’ dan dikebumikan di al Baqi’
  • Ummu Habibah binti Ramlah
Nabi mengutuskan Amr bin Umayyah ke Najasyi untuk menikahi Umm Habibah. Raja Najasyi memberikan mahar sebanyak 400 dinar. Khalid bin Said menjadi wali Umm Habibah kerana dia merupakan anak pakciknya. Raja Najasyi kemudian membawanya kepada Nabi pada tahun ke-7H. Dia meninggal dunia pada tahun 44H
  • Safiyyah binti Hayyi
Safiyyah bukan berbangsa Arab. Dia dari bani Nadhir

cuace hari ini


For more widgets please visit www.yourminis.com

ad

99 Nama Allah

Waktu Malaysia

Taqwim

Jom Nyembang

kata kata hikmah

Komen Jelah


ShoutMix chat widget

Blog Ilmuan

Rakan Kusza @ UDM

Rakan Mesir

Rakan Malaysia

Powered By Blogger