Hamba Allah Yang Hina

http://mantop86.blogspot.com/

ad

Followers

Tayammum

Puasa

Pengertian Solat

lamenye

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, syukur kepade Allah Taala, atas kurniaan nikmatnye yang melimpah2, dapat lagi diri yang lemah ini mengecapi dan menghirup udare yang ade kat dunia nie...lame bebeno dah tak update, semenjak due menjak tige menjak balik dr bumi mesir kebizian dan kemalasan melampai had batasan yang terpakse memalaskan diri ini untuk mengupdate....dan alhamdulillah setelah hampir 6 bulan tak update, tergerak lak hati ni 10/11/10 nak update, tapi x tau nak tulis pasal ape pon...

ape pon alhamdulillah sekarang diri ini telah di amanahkan Allah taala untuk menabur ilmu yang seberape ni mengajar di MRSM gemencheh, n.9. jauh merantau dr perak, ape pon syukur lah...di gemencheh ni ambe kene mendengar pelajar f1 tasmie' al quran dan mengajar bahase arab...yang mane di MRSM gemencheh ni mule tahun 2010 pelajar yang baru masuk f1 di programkan untuk menghafaz Al - Quran selame 3 @ 5 tahun sehingga tamat sekolah...

alhamdulillah, Allah Taala masih memberi peluang untuk ambe ngulang Al - Quran, dan dapat menyambung generasi pelapis yang dapat memberikan @ menyemarakkan lagi Al - Quran, i.allah...emmm...cukup la setakat nie...kalau de rezeki lagi i.allah ambe akan taip lagi,kalo rajin i.allah....

wanita

Wanita,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gersang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya kau wanita

Wanita,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Menampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Wanita,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hampar pada insan
bergelar suami
Bakti kau hulur megaburi cita-citamu
Kudus hatimu wanita

Tidak wanita,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
untuk anak dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlumembentuk watan berhati insan
Jangan biarkan bangsamu terus melentok lesu
Ayuhlah wanita persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang

Namun wanita,
Mampukah khudratmu menongkah arus
Menabur bakti diluar kepompong duniamu
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu setipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berdayakah engkau wanita

Wanita,
Mengapa engkau sangsi dengan upaya diri
Pasti tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Bukankah rahim lembutmu yang
mengandungkan lelaki waja
Bukankah tangan lembutmu yang
mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah wanita
Kau mampu berganding menjadi
benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal Penciptamu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Ya wanita,
Lengkapkanlah dirimu dengan ilmu
dan nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau
melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya
di dapur tapi di medan tempur
Bangunlah wanitac
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang
cemerlang, gemilang,dan terbilang
Bukan pak kadok yang bersorak bangga
tapi kampong tergadai

kawan

assalamualaikum...

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

alkisah....

Assalammualaikum,
Cerita ini saya perolehi daripada sahabat saya, moga-moga ia menjadi pengajaran buat semua. Renungkan sejenak...

Hari itu saya nak K.Lumpur, ada hal sikit. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih k urang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah di k...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak t! adi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... "Tak nak beli kuih saya bang..Pakcik...kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.& nbsp; katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meni ngkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya me ngemis. Kata mak kita mesti bekerja me! ncari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!

cuace hari ini


For more widgets please visit www.yourminis.com

ad

Islamic Widget

Malaysia

Tuan punyer

my blog

Siapa Aku

Teman Punye Blog

Negara Pelawat

Pelawat


View My Stats

Trafik Imej

My Blog Log

99 Nama Allah

Waktu Malaysia

Taqwim

Jom Nyembang

kata kata hikmah

Komen Jelah


ShoutMix chat widget

Blog Ilmuan

Rakan Kusza @ UDM

Rakan Mesir

Rakan Malaysia

Powered By Blogger